Best Viewed On Mobile Browsers

Although this is a web-based site,
it is recommended to view using your mobile phone's
native browser apps like Safari, Google Chrome,
for best viewing experience.

Mengenai GAP

Dapatkan Lebih Banyak Mata Ganjaran!

GaP (Grab A Point)

GAP (Grab A Point) ialah aplikasi berasaskan web yang dicipta oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) D’BACA untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK).

Ia dicipta untuk menarik minat masyarakat setempat ke perpustakaan. Ia merupakan satu inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna melalui pendekatan PENEBUSAN NILAI. Ia dibangunkan oleh ahli KIK D’BACA sendiri bagi membantu PPAK membudayakan masyarakat membaca dalam kalangan masyarakat setempat khususnya penduduk Negeri Kedah. GAP diwujudkan sebagai program kesetiaan ahli di mana mereka diberi mata ganjaran bagi setiap transaksi pendaftaran, peminjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan perpustakaan.

Pinjam, Pulang, Baharui

Dengan setiap bahan perpustakaan yang dipinjam, dilanjutkan atau dipulangkan, 1 mata akan diberikan. Dengan maksimum 12 bahan, anda akan mendapat 12 mata ganjaran!

Cara Lain Untuk Merebut Mata

Daripada mengemas kini butiran akaun GaP anda, hingga memuat naik gambar profil dan foto muka depan, seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, setiap tindakan yang dilakukan pada GaP mempunyai mata ganjarannya!

MenuMata Catatan Had
Pendaftaran Baru+ 101 kali sahaja ganjaran
Log Masuk+ 1Dihadkan 1 kali sehari
Pinjaman+ 1Tiada had
Pemulangan+ 1Tiada had
Pembaharuan+ 1Tiada had
Lewat Pemulangan– 1No limitation
Kunjungan+ 1Hadkan 1 kali sehari
Kemas Kini Akaun+ 1Dihadkan 3 kali
Muat Naik Foto Profil+ 1Dihadkan 3 kali
Alih Keluar Foto Profil– 1Dihadkan 3 kali
Kemas Kini Profil+ 1Dihadkan 3 kali

Scroll to Top